Sunday, 26 June 2011

Ulasan filem X-Men First Class


Banshee dalam bentuk kartun
Salam sejahtera, kawan-kawan! Pada hari ini, saya akan membuat ulasan tentang filem X-Men First Class. Cerita ini adalah diantara cerita-cerita yang saya mahu menonton sekali lagi. Walaupun ia mempunyai plot yang mengelirukan, saya dapat memahami ceritanya melalui percakapan karakter-karakter di kejadian-kejadian yang seterusnya. X-Men First Class sebernanya adalah cerita mengaitkan mutan-mutan yang wujud sebelum mutan-mutan yang ada sekarang. Satu cara untuk mengesahkan fakta ini adalah pada masa itu, Professor X masih boleh berjalan dan dia masih berambut melainkan zaman sekarang, apabila dia sudah botak dan berjalan memakai kerusi roda. Salah satu mutan 'First Class' yang paling saya gemar adalah 'Banshee'. Dia mempunyai keupayaan untuk menjerit dalam kuasa supersonik. Ia boleh memecahkan gelas. Dia tidak memakai keupayaannya itu untuk melawan, sebaliknya, dia menggunakan jeritannya untuk menolak dirinya daripada tanah, membuatkan dirinya terbang tanpa kepak, walaupun dia harus memakai sut yang dipasang sayap di bawah lengannya. Juga, pada zaman itu, Professor X dan Magneto adalah kawan yang amat rapat. Tali persahabatan mereka menjadi renggang apabila mereka memutuskan bahawa mereka akan berjuang untuk tujuan yang berbeza, tetapi itu berlaku pada bahagian akhir cerita itu. Saya akan mengadarkan sembilan perpuluhan lima daripada sepuluh. Itulah, ulasan filem X-Men First Class. Saya harap kamu menikmati membaca catatan ini. Sekian, terima kasih. (Video-video di catatan seterusnya.)

No comments:

Post a Comment