Sunday, 26 June 2011

Estet perumahan saya

Estet perumahan saya mengandungi bangunan-bangunan yang pertama dibina sejak 2001. Saya berpindah daripada Bukit Batok ke sini dalam tahun 2002, semasa ia berumur muda. Ia kelihatan sangat bersih sekarang kerana ia direnovasi dalam tahun 2005, selepas kelihatan grafiti-grafiti yang amat tidak sesuai dilihat kanak-kanak. Selepas 2006, ia dijadikan warna merah. Sebelumnya, bangunan itu berwarna putih sahaja dan tiada corak-corak lain. Mengikut apa yang pernah saya nampak dari 2006 hinggalah ke hari ini di belakang blok saya,  saya mendapati bahawa ia tempat yang digemari untuk orang berjoging. Laluan ekspres KJE juga boleh dilihat daripada tempat meletak kereta saya. Apabila saya tidur pada malam hari, saya boleh dengar pecutan enjin motor lebih dari tiga kali, tetapi saya sudah biasa dengan bunyi bising itu. Dekat dengan blok saya, adalah satu pondok biru yang besar yang sesuai dipakai untuk bermain bola. Ia dipanggil 'banana court' kerana ia mempunyai bentuk yang melengkung. Dekat dengan estet perumahan saya, 'Segar Gardens', terdapat lagi satu bangunan yang baru selesai dibina, yang bernama 'Segar Meadows'.

No comments:

Post a Comment