Friday, 24 June 2011

Sekitar rumah saya








Saya sudah tinggal di rumah ini selama sembilan tahun. Keluarga saya menghargainya dan tidak pernah ada satu pun ahli keluarga saya yang tidak pernah membeli perabut untuk disimpan di rumah. Saya sudah membeli lebih daripada dua puluh perabut untuk rumah saya dengan duit bulanan saya. Percaya atau tidak, inilah kali pertama saya mengambil rakaman rumah saya. Saya tinggal di rumah empat bilik di Bukit Panjang. Ibubapa saya percaya bahawa saya dan adik-beradik saya akan lebih gembira di sini kerana saudara-mara saya pun tinggal di daerah Bukit Panjang. Irsyad juga tinggal dekat dengan rumah saya. Barangan-barangan dan perabut daripada saya adalah enam pasu bunga(tiga tidak dipakai lagi), dua radio mini, lima lampu meja dan lebih lagi. Besi yang berada di bilik abang saya beratnya dua-puluh lima kilogram. Saya tidak pernah boleh mengangkatnya lebih dari lima kali kerana beratnya yang melampau, tetapi abang saya boleh tanpa apa-apa masalah. Ruang tamu saya sudah dicat balik lebih daripada sembilan kali. Yang peliknya sekarang saya sudah simpan corak ini selama tiga tahun.

No comments:

Post a Comment