Saturday, 25 June 2011

Sekitar bilik saya




Salam sejahtera. Saya sekarang akan menyentuh pula tentang persekitaran bilik saya. Bilik saya sebuah bilik yang kecil, tetapi saya tidak mengambil keberatan tentang itu kerana saya ada semua keperluan yang saya perlukan. Katil saya ialah katil dua tingkat, di mana abang saya mempunyai katil dibawah, dan saya pula mendapat katil diatas. Ia dibeli setahun lalu lewat bulan Ogos. Sebelum ini, saya hanya tidur di sebuah tilam di atas lantai bilik ibu saya. Almari saya pula mempunyai banyak pakaian, dimana enam puluh peratus daripadanya adalah pakaian abang kedua saya. Saya tidak gemar membeli baju. Secara amnya, saya memang tidak suka membeli-belah kecuali apabila saya memang harus mendapatkan baju baru. Meja tulis saya pula sudah berumur enam tahun. Ia masih boleh dipakai lagi jadi saya tidak mahu menukarnya. Walaupun saya suka menconteng meja itu, tetapi saya masih dapat menggunakannya. Komputer saya berumur dua tahun. Saya tidak begitu tahu berapa inci skrinnya, tetapi ia sesuai untuk menonton filem-filem kegemaran saya kerana ia tidak merosakkan mata. Jenamanya ialah jenama HP dan ia berharga $1477. Ia pernah rosak beberapa kali tetapi sering pulih selepas beberapa minggu. Itulah tentang persekitaran bilik saya. 



185 perkataan.

No comments:

Post a Comment